Info Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara merupakan penemuan alaf baru yang dapat memanfaat rahsia tentang keunggulan pokok kelapa pelbagai fungsi. Kajian saintifik telah dibuat oleh siantis Eropah dan Amerika terhadap Minyak Kelapa Dara sejak awal 1930an. Misteri keistimewaan kelapa telah terbukti ketika ini, banyak kajian saintifik menemukan Minyak Kelapa Dara mempunyai ciri-ciri anti virus, anti bakteria, anti oksida yang kuat, pemacu metabolisma tubuh dan memiliki persamaan dengan susu ibu.
Bagi penduduk Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik, kelapa menjadi sebahagian tradisi dan cara hidup kerana ianya mempunyai peranan pelbagai fungsi dan makanan harian sehingga perubatan tradisional.


KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK ANDA

Minyak Kelapa Dara secara amnya terdiri daripada asid lemak tepu yang aktif dikenali sebagai Asid Lemak Tepu Berantai Sederhana. Ia tidak perlu ditukarkan oleh sistem penghadaman seperti lemak yang lain dan boleh digunakan secara langsung oleh badan sebagai tenaga.
Oleh itu ia sangat sesuai untuk individu yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah atau individu yang mempunyai masalah penghadaman lemak.
Minyak Kelapa Dara sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan, risiko sakit jantung, penyakit diabetis atau kencing manis, mengurangkan aras kandungan gula dalam darah serta sangat sesuai digunakan kepada mereka yang keletihan dan ingin cepat pulih atau mendapat tenaga dengan segera.


KELEBIHAN MINYAK KELAPA DARA
  • Meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan serta membantu menghalang vital bakteria dan jangkitan fungal (termasuk ragi)
  • Membekal punca tenaga secara langsung dan cepat serta meningkatkan kadar metabolisma
  • Membakar dan mengurangkan kolestrol dalam badan serta membantu meningkatkan pengurangan berat badan
  • Meningkatkan pengahaman dan penyerapan khasiat makanan serta membekal khasiat makanan penting untuk kesihatan yang baik
  • Berfungsi sebagai pengawal pengoksidaan,mengurangkan kesan penuaan awal dan kedutan kulit serta menghalang kanser kulit
  • Melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari, membantu melembab, melembut dan melicinkan kulit serta menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
  • Mengurangkan risiko dan kesan kelemumur rambut, psoriasis dan sebarang penyakit kulit serta meningkatkan pertumbuhan sel kulit (menyembuh kulit yang cedera), rambut dan badan manusia
  • Meningkatkan fungsi kelenjar tyroid
  • Mengurangkan kesan keracunan makanan
  • Mengandungi Asid Laurik yang sama khasiat dengan susu ibu
  • Mengurangkan kesan risiko, membantu pengawalan lain-lain penyakit seperti demam, campak, cacar air, batuk, selsema, resdung, lelah, jangkitan mata dan telinga, sakit gigi dan gusi, ulser perut dan mulut, sembelit dan buasir, hepatitis A, B, C, leukimia, denggi, malaria, herpes, syphilis, hempedu, pembesaran prastate, radang paru-paru, stroke atau angin ahmar, kanser dan proses penyahjanaan yang lain, kencing manis, atheroscerosis, darah tinggi dan penyakit jantung. 

PERAKUAN SAINTIS ANTARABANGSA
 
"Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang menyihatkan di muka bumi."
                                                     Dr. Bruce Fife, Doktor Naturopoti, USA

"Penduduk Kepulauan Pasifik mempunyai kesihatan yang menakjubkan disebabkan mereka menggunakan Minyak Kelapa Dara dalam kehidupan harian."
                                                     Dr. Watson A Price, Pengkaji & Pakar Pemakanan, USA

"Minyak Kelapa Dara membantu mengurangkan berat badan."
                                                     Dr. Raymond Peat, Universiti Oregon, USA

"Minyak Kelapa Dara berfungsi sebagai makanan yang sihat, memberi pelbagai khasiat kesihatan."
                                                     Dr. Mery Enig, Universiti Maryland, USA

"Minyak Kelapa Dara merupakan anti virus, anti bakteria dan parasit dan mampu mencegah pelbagai jenis penyakit."
                                                     Dr. John J Kabara, Universiti Michigan, USA